Bacaan gula dlm darahku
9.1
Bacaan gula dalam darah selepas berpuasa dari kul 11.00mlm ke 8.00 pagi
Tinggi kan!
Dah lama saya tak pergi periksa darah
Dah bertahun lamanya sejak 2011 lagi
Semalam pergi klinik swasta panel klinik tempat kerja suami
Mulanya nak periksa sakit pinggang.. Hampir seminggu saya kena sakit pinggang
Akhirnya suami bawa juga ke klinik panel tempat kerja dia.
Doktor cakap kena periksa darah takut2 ada kencing manis boleh tangkap kat buah pinggang dan jantung
Doktor suruh saya berpuasa malamnya tu dan besoknya dtg klinik ambik darah
Inilah hasilnya 9.1
Doktor cakap tinggi ni
Kena makan ubat
Suami tanya macam2 sampingan jika makan ubat kencing manis
Mata, rambut dll
Tapi doktor cakap itu bukan fakta betul
Yg betulnya jika tak makan ubat lagi tinggi gula dlm darah lagi teruk kesannya
Inilah ubat kencing manis ku sekarang
Dua minggu lagi kena jumpa doktor balik sebab doktor nk check sama ada ubat yg diberi berkedan ke tak
Alamaknya kenalah pergi lagi .
Beginilah nasib bila dah berusia ni
Kenalah jaga makan dah
Nasi tak boleh makan banyak
Manis2 pun dah tak boleh ambik
Peria katak jadi ulaman tetap
Yang tawar2 dan yang pahit2
Jadi biasalah nanti
Nak sihat kenalah buat semua tu!
Ok gitulah saja kisah saya ya!!!!