Friday, September 21, 2012

''MENDIDIK ANAK2 KITA MENYAYANGI KUCING''

5 ZULKAEDAH 1433HIJRAH
21 SEPTEMBER 2012
JUMAAT YANG MULIA

Kanak-kanak umpama sehelai kain putih yang bersih tanpa secalit noda.
Adalah menjadi Tugas kita para Ibu Bapa menitik dan mengajar anak2 kita untuk membentu menjadi peribadi yang mulia serta menanam sifat saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi terhadap Insan dan juga alam ciptaan yang maha besar ini.

Anak2 kita perlu disemai dengan rasa bertanggungjawab terhapad segala perbuatan mereka yang mereka lakukan termasuklah kesan dari akhibat perbuatan mereka itu.
Begitu juga dengan halnya memupuk rasa tanggungjawab terhadap haiwan ciptaan Ilahi seperti Kucing.
Supaya mereka juga perlu menghormati mahluk ciptaan ilahi dan memiliki sifat baik hati terhadap haiwan2 ini.

Anak2 kita perlu diberi panduan hidup sebaiknya antaranya mendidik mereka agar tidak bersikap kejam terhadap haiwan2 tidak kiralah kucing ke Arnab ke atau apa juga haiwan2 lain.
Ini kerana kekejaman terhadap haiwan mahupun kucing boleh berlaku dimana-mana, sama ada dalam bentuk penderaan fizikal atau pengabaian pada keperluan dan kebajikan haiwan sehingga ia menderita, kesakitan atau mati.

Semua haiwan peliharaan perlu dijaga dan diberi limpahan kasih sayang, diberi makanan secukupnya, dijaga kebersihannya dan juga kesihatannya perlu diambik kira.
Seperti kita Manusia, haiwan juga mempunyai ingatan serta perasaan sensitif dan boleh merajuk jika dimarahi, dikasari oleh tuannya.
Maka layanlah mereka2 ini dengan baik. Anak2 perlu didik disemai agar mereka melayani haiwan2 ini dengan baik bukannya di kasari atau didera.

Anak-anak perlu diajar bahwa mereka harus menjaga kebajikan haiwan yang mereka jaga.
Mereka juga perlu tahu haiwan2 juga perlu dibelai seperti kita manusia yang perlu dibelai dengan kasih sayang.
Kita Ibu bapa perlu mengingatkan anak2 kita supaya jangan mendera haiwan2. Kita perlu menunjuk contoh yang baik pada anak2 kita...jika kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh tidak baik seperti mendera haiwan2 bagaimana nanti anak2 kita. Mereka melihat apa yang kita buat. Jika Baik contoh yang kita tunjukkan maka baiklah anak2 melihatnya.


Sfat sayang perlu disemai pada anak2 masa mereka kecil lagi.
Jadi ajarlah anak2 kita agar mereka meyayangi haiwan2 tidak kira yang mereka jaga taupun yang mereka jumpa diJalanan....