Saturday, September 22, 2012

SURAH AL-FALAQ & SURAH AN-NAAS




DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI SIHIR, JIN ATAU DARI PERBUATAN MANUSIA

Maksud:
Surah Al-falaq:
''Katakanlah, ''Aku berlindung kepada Tuhan yang Maha menguasai Subuh.
Dari Kejahatan makhluk-Nya.
Dan dari Kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
Dan dari kejahatan orang yang dengki apa bila ia dengki.

Surah An-Naas:
''Katakanlah, ''Aku berlindung kepada Tuhan manusia.
Raja manusia.
Sembahan manusia.
Dari kejahatan( bisikan) syaitan yang bersembunyi.
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.
Dari Jin dan manusia.

(Kedua Surah ini digelar ''Mu'awwizatain''. Dari kedua Surah ini dapat diketahui bahawa Allah SWT telah mengajar kita berdoa untuk mendapat perlindungan dari kejahatan jin/syaitan dan juga manusia. Sesungguhnya terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w. tentang fadhilat mengamalkan membaca kedua surah ini.
Diantaranya:

* Mohon perlindungan paling berkesan.

* Baca 100 kali untuk mengubati jika terkena sihir/ menjauhi kezaliman. Insyallah.

* Baca seberapa banyak apabila tersesat jalan/ dalam kegelapan dsb.

*Keperluan hidup akan cukup jika diamalkan membaca pagi dan petang didahulu dengan membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

Insyallah...marilah kita amalkan bersama.