9Mei 2013
Alhamdulillah...Syukur pada ALLAH SWT kerana masih diberi peluang untuk aku terus memperbaiki diri utk terus kejalan Mu Ya Allah.
Agak lama juga aku tidak menyentuh Blog ku ini
Aku sendiri tak ingat kali terakhir aku menulis disini.
Yang pastinya aku bukannya orang berniaga lagi.
Sedih!
Taklah....!!! Apa yg nk disedihkan. Kadang2 kita tak tahu yang ada perancangan yg lebih baik yg telah Allah aturkan utk diri kita.
Aku redha dgn segalanya.
Tanggal 5Januari 2013- sempena hari kelahiran ku ke45tahun
Allah telah memberi ku suatu hadiah yang sgt berharga buat ku.
Anak Bongsu ku masuk Tahun satu...aku dapat kerja dekat dgn rumahku.
Kerjanya mungkin tak penting bagi orang lain tapi bagiku
Anugerah yg telah Allah turunkan buatku.
Selama ini aku tidak berpeluang utk keluar bekerja lantaran menjaga anak2 seramai 5 orang yg masa tu masih kecil.
Sekarang anak sulong ku dah jejak usia 20tahun kini belajar disebuah Institiusi pengajian awam
Dalam bidang KeJuruteraan Makenikal dan akhir tahun ni tahun terakhir.
Insyallah nak sambung lagi utk Degree dlm bidang sama.
Anak ke2 tunggu masa mk belajar kat KPTM kat Kota Bharu, Kelantan dlm krusus Pelancungan selama 3 Tahun.
Mulanya aku tak berkenan tapi itu dah minat dia yg sesuai dgn jiwanya kaki berjalan.
Aku redha juga biarlah asalkan dia belajar dgn jayanya.
Anak ke3 tahun ni nk ambik PMR
Minat nk ke Kulinary...aku berpesan belajarlah rajin2
Baru ada tempat kat Sekolah Vokasional nanti.
Anak ke4 ku masih ditahun 5, Tahun depan nk ambik UPSR
Slow sikit tapi bolehlah
Minat nk jadi Cikgu...eloklah tu sambunglah cita-citaku yg tak kesampaian
Utk masuk Maktab Perguruan utk jadi Guru.
Yang bongsu masuk Tahun 1 tahun ni.
Nilah anugerah yg allah berikan pada ku. Aku kembali bekerja setelah hampir 12tahun aku tinggalkan kerjaku semara-mata kerana membesarkan mereka ditambah pula keadaan kami yg tak mengizinkan aku kembali bekerja.
Bezanya kini aku kerja tak sama dgn kerja ku dulu.
Orang tua macam ku apa yg aku harapkan.
Kerja yang aku lakukan sekarang ini cuma kerja orang biasa2
Bermain dgn peluh...bersiramkan suria terik kdg2
Berlapkan hujan
Tapi tak apa...aku redha.
Siapa yg nk ambik bekerja dgn usia begini!
Kerja opis semuanya nk org muda..nk diploma bagai
Aku cuma SPM dgn pangkat 2 dgn 5 kepujian
Dah berusia pula tu.
Sekarang hingga saat ini dah hampir 5 bulan aku kerja. Tak payah nk naik bas cuma Jalan kaki.
Boleh senaman lagi sambil nk pergi kerja.
Hati pun tak risau tinggal rumah..anak2 semua kesekolah.
12 t/hari dah boleh balik berehat panjang kat rumah.
Tak bertuah ke tu!