Sunday, September 16, 2012

KUCING DALAM KEHIDUPAN KELUARGA KU..

29 SYAWAL 1433HIJRAH
16/ 09/ 2012 MASIHI

KELUARGA KU SAYANG KUCING

Alhamdulillah syukur ku panjatkan kerana masih dapat lagi aku menulis apa yang ingin aku luahkan dalam Blog ku ini..
Hari ini genap 29 hari Syawal...Hari ini ingin ku ceritakan tentang kehidupan Haiwan kesayangan Nabi kita dalam kehidupan keluargaku.
Dalam keluargaku...ada anak2 yang tidak begitu gemarkan kucing..alahan dan takut tapi walaupun begitu mereka tidak pula sampai untuk mendera haiwan seperti mana yang aku selalu nengok di sekitar kawasan perumahan kami dimana tidak ramai yang begitu perihatin dengan haiwan2 comel yang terbiar ini.
Jika nampak haiwan2 ini berkeliaraan mencari makan....ada yang suka menghalau, ada yang suka menolak dengan kaki...malah ada yang suka membiarkan anak2 mereka mendera haiwan2 malang ini.
Kenapa sampai begitu ya?
Benci sangat ke kepada haiwan yang pernah menjadi kesayangan Nabi kita SAW. sepatutnya kita ni sama-samalah membantu walaupun kita tidak suka sangat pun sekurang-kurangnya setakat kita bagi makan makanan kat mereka2 ini pun sudah memadai kan.
Saya banyak melihat bagaimana ada setengah dari kita ada yang memang suka pada haiwan dan ada juga yang memang tidak menyukainya...Tidak mengapa asalkan kita tidak mendera mereka.
Kesiaankan lah mereka2 ini.

TOMPOK(8 Tahun-Kucing Betina dah spay)
Ini Kucing pertama ku...Aku mengambil dia masa dia dalam kesusahan setelah ditinggalkan dalam keadaan kaki sebelah agak tempang dan dalam keadaan mengandung.
2011 selepas Tuan yang membelanya pindah dan meninggalkan beberapa ekor kucing yang selama ini mereka bela dan bagi makan.
Tompok kucing manja...sentiasa ingat tuannya walaupun tuannya jarang2 lagi datang kerumah lama mereka.
Aku melihat setiap hari Tompk berada didepan pintu pagar rumah tuannya menanti dengan harapan agar tuannya buka pintu bagi dia masuk dan makan.
Akhirnya aku menyuruh anak ku yang nombor 3 meletakkan makanan didepan rumah kami bagi membolehkan Tompok dan beberapa ekor lagi kucing2 kat luar dapat makan.

Aku pada masa itu tidak pernah sedetik pun terpikir untuk membela haiwan2 disebabkan ada anak2 ku yang alahan...ada yang memang tidak suka langsung pada kucing2 ni..Tapi itulah keajaiban yang Maha Esa.
Atau memang sudah pun ditakdirkan yang Kami akhirnya akan menjadi penjaga kucing suatu hari nanti.
Kami redha.

Tompok ku ambil bela dalam rumah setelah peristiwa malang menimpanya. Dimana bila hati kita ni penuh dengan kebenciaan sanggup kita melakukan apa saja. begitulah yang terjadi pada Tompok, dia disimbah air dan dipukul dengan penyapu oleh Jiran sebelah rumah ku.
Hatiku sayu dan sedih melihat perbuatan itu.

Tompok ku ambil dengan Izin suami....aku bela dia dudukkan dia dalam rumah sampailah dia berjaya melahirkan anak2 yang comel seramai 5 ekor.
Tetapi memandangkan aku tiada pengalaman menjaga kucing, maka anak2 dia aku telah bagi pada suatu tempat yang katanya boleh mencarikan Pemilik baru untuk anak2 Tompok.
Aku telah silap...dengan memberikan anak2 Tompok kepada orang lain menyebabkan Tompok menderita menrindui anak2nya.
Saban malam...mengiau-giau memanggil anak2nya. Itulah pengalaman sedih ku melihat kasih sayang seekor ibu kucing terhadap anak2nya.

Sejak dari hari itu..aku bertekad untuk menjaga Tompok tidak kira apa yang berlaku terhadapnya.
Walaupun dia kucing tua dan tempang namun aku tetap menyayanginya. Begitu juga anak2 ku meyayangi Tompok.
Aku mengambil kesempatan untuk memberinya hidup baru dengan memandulkan nya. dengan harapan dia boleh hidup sihat dan gembira.
Dia tidak perlu untuk mengandung setiap masa....dia cuma perlu jaga dirinya yang sudah tua.
Aku lakukan demi kebaikkannya juga.