Thursday, September 20, 2012

MARI MASAK....''KARIPAP, MENU HARI JUMAAT''

5 ZULKAEDAH 1433HIJRAH
21 SEPTEMBER 2012

''KARIPAP KENTANG DAGING''

BAHAN-BAHAN:

ISI

10biji Ubi kentang ( dikupas kulit, dipotong dadu dan rendam dalam air ya)
2 labu bawang merah besar ( dipotong dadu dan cincang)
2 ulas bawang putih ( dipotong @ cincang halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk cili
1 cawan isi daging yang dicincang
garam dan gula secukup rasa
1 1/2 cawan air

KULIT

2 Cawan Tepung gandum
3 sudu makan Majerin ''DAISY''
1 cawan air sejuk dari peti Ais
garam secukup rasa

CARA-CARA:

1. Masak Intinya dulu:
Panas kan minyak, tumiskan bawang yang telah dicincang tadi hingga naik baunya.
Kemudian masukkkan serbuk kari dan serbuk cili...tumis sekali sehingga betul2 masak jika tidak nanti tumisan tadi boleh menyebabkan sakit perut.

2. Masukkan Isi daging dan kacau sebati. Biar naik bau baru tuang sikit air. 
Kemudian masukkan Isi Ubi kentang yang siap dipotong dadu tadi kemudian kacau sebati.
masukkan garam dan gula merah.

3. Masak Inti kentang sehingga airnya kering, ubinya agak lembut. dan sejukkan dahulu.

4. Buat Kulitnya pula:
Tepung gandum, garam dan majerin digaul bersama ssehingga seperti serbuk roti.
Tuang air sejuk sikit demi sikit sambil adun sehingga menjadi DOH lembut dan tidak melekat kat jari.
Rehatkan sekejap lepas itu

5.Ambik doh bulatkan dan canai. Terap pada acuan karipap dan masukkan isinya.
Buat sampai habis. Goreng dalam minyak yang panas..api jangan besar sgt nanti bahagian dalam karipap tak masak nanti.

6. Goreng kekuningan...angkat dan tos. Hidang dan  makanlah panas-panas Karipap ni...Sedapp!