Monday, October 9, 2017

2015 jadikan aku genap 47tahun hari ni..

5.1.1968
Aku lahir
5.1.2015....hari ni Isnin
13 Rabiul Awal 1436Hijrah
Genap sudah umur ku 47tahun.
Dengan anak2 lima orang...
Yang sulong 22tahun
Baru habis ambik Diploma...
Disusuli adik2 perempuannya...
Ada yang 20tahun, ada yang 17tahun dan 13tahun
Dan anak lelaki bongsu 9tahun
Memang patutlah usia ke sekarang sama dengan wajah dan penampilan ku sebagai wanita 47tahun
Dah tua dah...

Apa lagi yang aku mahu dalam hidup?
Tiada apa2
Walaupun aku hidup sederhana
Duduk rumah flat
Pakai makan kami alhamdulillah cukup
Cuma aku tidaklah hidup semewah orang lain...

Aku tak minta apa2
Sekadar cukup aku dikasihi anak2 ku
Sekadar cukup dicintai suamiku
Walaupun suamiku tak pernah tunjukkan rasa sayangnya pada ku...

Aku tak minta apa2
Cukuplah Allah rahmati hidupku
Sebelum aku menutup mata hingga akhir hayat ku....