Anak-anak harta kita dunia akhirat. Seorang Ibu sanggup bergalang nyawa hanya kerana melahirkan cahaya mata yang disayangi nya itu. Bukan sekali malah berkali-kali sanggup siIbu berbuat demikian.
Anak2 Ibaratkan nyawa bagi seorang Ibu. Sayangnya pada anak2 kadang kala melebihi sayangnya terhadap suaminya sendiri.
Dijaga anak2 itu siang dan malam...tidak seekor nyamuk pun dibiar mengisap darah anak2nya. Dijaga..dibelai...ditatang bagaikan seluruh hidupnya begitu hanya pada sianak.
Itulah tanda kasih sayang seorang Ibu terhadap anaknya.
Tetapi menjaga anak2 dizaman sekarang ini..zaman yang penuh dengan pembangunan sosialnya membuatkan para Ibu mengeleng kepala..pening dan Migrain sepanjang masa.
Apa tidaknya...orang kata menjaga anak zaman bayinya lebih senang menjaga anak dizaman remajanya.
Siapa yang tidak nak melihat anak2 mereka membesar dengan baik..menjadi anak yang Soleh dan Solehah.
Siapa yang nak melihat anak2 mereka terjebat dikancah remaja yang bermasalah?
Semua Ibu2 dan Bapa2 dimuka bumi ini semuanya nak yang terbaik untuk anak2 mereka.
Masalahnya pendidikan yang diberi kepada anak2 masa mereka tengah nak membesar...bagaimana pendidikan yang diberi?
Ada Keluarga yang lebih mengutamakan pendidikan demi melihat kejayaan anak2 mereka disuatu hari kelak.
Ada juga yang mengutamakan pendidikan Agama juga untuk masa depan anak2 mereka.
Sejauh manakah keberkesanan pendidikan yang diberi terhadap anak2?
Bagaimana pula dengan keluarga yang tidak berkemampuan?
Macam-macam cara untuk kita mendidik anak2 kita dizaman sekarang ini. Bagi yang berkemampuan tentunya akan mencari tempat yang terbaik bagi pendidikan dunia dan akhirat untuk anak2 mereka.
Bagi yang kehidupan yang agak biasa2 saja...jika si Ibu @ si Bapanya memiliki sedikit Ilmu...mereka tentulah mencurahkan Ilmu yang mereka ada untuk memastikan anak2 mereka juga memiliki pendidikan agama.
Macam Keluargaku...Aku dan Suami bukannya dari keluarga orang berada. Hidup kami suami isteri hanya serba sederhana berbandingkan dengan adik beradik dan ipar duai kami yang agak hidup dalam serba mencukupi tetapi Alhamdulillah mungkin inilah yang ALLAH SWT bagi kepada orang2 yang serba kekurangan seperti kami...sekurang-kurangnya kami berdua boleh mengajar anak2 kami mengaji Al-Quran sendiri.
Untuk memberi pendidikan agama sekarang ini...DUIT jadi taruhan. Semuanya berbayar. Sekolah agama pun kena bayar dengan yurannya yang agak mahal juga bagi golongan yang memiliki anak2 yang agak ramai.
Untuk menghantar anak2 pergi mengaji Al-Quran pun kena bayar juga.
Anak2 pula kadang bila pergi mengaji Quran dengan orang lain..ada yang lambat mendengar...ada yang main2 dan ada yang takut, macam2 perangai budak2 zaman sekarang.
Macam anak2 ku....samalah dengan budak2 lain, bezanya kami mengajar sendiri jadi bertegas dengan anak2 sendiri ini tidaklah dikisahkan sangat.
Dari segi mendidik anak2 Remaja pula....banyak dugaan dan cabarannya. Dari segi pemakaian remaja sekarang ni dah cukup membuat kepalaku dan suami pening. Nasib baiklah kami ini bukan jenis orang berduit...Jadi anak2 tidaklah berFesyen sangat.
Anak2 ku aku didik mereka hidup serba biasa saja. Tidaklah kuno sangat dan tidaklah Up to Date sangat.
Aku ada 3 orang anak perempuan....boleh bayangkan betapa susah dan sukarnya dizaman sekarang ini mendidik anak perempuan.
Zaman aku dulu...kita memang dididik untuk mendengar kata. Tak berani menjawab mulut orang tua kita. Bergaduh dengan adik2 pun bila ayah mendehem suara...terus berhenti sebab Takut kena Tali pinggang Hijau yang besar yang orang pakai untuk gi buat Haji dan Umrah tu.
Zaman sekarang....Bergaduh mereka..suara kita tak makan saman langsung. Suami ku saja yang anak2 takut. Sebab itu aku hanya mengalah dengan mereka2 tapi kadang kala aku naik angin juga tapi tak selalu lah. Sebab budak2 zaman sekarang ini lain macam sikit peel mereka.
Nak kena bagitahu dengan cara baik2 biar mereka faham. Memang benar..Zaman aku tidak sama dengan zaman mereka. Banyak yang telah berubah.
Jadi kami suami isteri terpaksa mengikut perubahan sekarang mendidik anak pun kena ikut perubahan sekarang cuma tidak semualah aku dan suami aku ikut.
Benda yang lama yang masih diajar kepada kami masa kami kecik2 dulu ada masa kami gunakan untuk mendidik anak2.
''Solat jangan Tinggal....Quran jangan lupa....berpakaian biar kena tempat jangan terlalu mengikut sangat...
adik beradik kena saling mengalah...Hormatilah orang tua2''
Harapanku cuma satu biar pun dunia berubah wajah...anak2 ku janganlah berubah hati dengan ajaran yang telah aku dan suami berikan kepada mereka.
Aku tidak kisah kalaupun mereka tidak sepandai budak2 lain dari segi akedemik asalkan mereka menjaga apa yang telah kami ajarkan.
Bila aku telah tiada nanti...sekurang-kurangnya mereka banyak belajar erti kehidupan. Hidup dalam keluarga yang serba sederhana bagaimana bila mereka berjaya nanti jangan mereka lupa Ilmu agama ini penting. Sebab kami tidak berkemampuan menghantar anak2 kami ke sekolah beragama yang ada...hanya ke sekolah biasa saja.