BISMILLAHHI RAHMAN NI RAHIM...
Agak lama juga ya saya tidak mengemas kini BLOG saya. Disebabkan sibuk gamaknya, Alhamdulillah barulah Hari ini ISNIN 18November 2013 bersamaan 14MUHARRAM 1435HIJRAH saya ada masa untuk menggemas kini Blog saya.
Pertama-tma kalinya saya ingin sangat menulis dalam Blog saya mengenai Minat Baru saya tentang Dunia Menjahit Langsir-Paten PELMET.
Paten ni sebenarnya dah lama ada..ramai dah orang menggunakan paten langsir jenis ini kat rumah masing2
Saya biasalah...ketinggalan sikit, almaklum tukar langsir kat rumah 7tahun sekali manalah saya tahu sangat fesyen langsir terkini sehinggalah ketika saya ingin menukar langsir rumah saya yang agak lusuh kepada langsir baru..saya mulalah sibuk meredah google kat internet mencari-cari paten langsir terbaru.
Terpandang satu paten yang tak biasa saya Jahit..untuk makluman saya ni cuma tahu jahit langsir paten lurus saja. Paten yang saya nampak ni mula-mula pada fikiran saya...Eeeeiiiii...mestinya sangat susah nak membuatnya.
Gambar ni bukan langsir saya tapi gambar langsir inilah menarik hati saya untuk mencuba menjahitnya untuk tingkap slidding rumah saya.
Saya cuba mencari cara-cara menjahitnya dengan cuba bertanya kawan2 saya yang memang pakar dalam dunia Jahitan diFacebook.
Ada seorang dua Insan yang sangat baik hati..waima saya cuma berkawan diFB saja tapi beliau dengan ikhlas hati memberi Ilmunya kepada saya untuk saya terus belajar membuat dan menjahit paten jenis Pelmet.
Saya memulakan langkah pertama-belajar membuat paten yang paling senang dan mudah.
saya bukannya insan yang ada ilmu dalam bidang jahit menjahit ni...setakat jahit seluar koyak, jahit kain batik dan jahit kaki seluar anak2 dan suami...Boleh lah.
Inilah Hasil pertama yang sangat Simple dan Mudah bagi saya belajar menjahit Paten Pelmet.
Tapi...Saya melakukan sikit kesilapan...dimana untuk jahit paten Pelmet ni...fabriknya kena diambik memanjang supaya kita tak perlu menyambung bahagian kain.
Tak mengapa..saya memang perlu banyak belajar lagi untuk memahirkan diri saya.
Saya akan tetap belajar memperbaiki cara saya memotong fabrik utk langsir.
Bukan setakat paten ini saja..malah paten lain pun saya akan cuba belajar juga walaupun saya tak mampu pergi kekelas Jahitan
saya boleh belajar sikit-sikit melalui Google.
Pelmet Oh Pelmet!