Sunday, July 28, 2013

Bilik air ku dah ok

Semenjak kami mula masuk rumah kami yg dibeli atas tangan
Aku tak pernah menduga yang byk kerosakan dlm rumah flat yg suami ku beli dari seorang India
1998-bulan ogos dari rumah sewa kat hulu langat kami pindah kerumah sendiri
Walaupun rumah flat tapi ini saja yg mampu kami beli
Harganya masa suami ku beli dgn India lebih kurang Rm60 ribu
Buat loan kat bank bayar bulan2 Rm300 sebulan ke bank RHB
sekarang 2013-15tahun sekarang kami mendiami rumah flat B111 tanpa sebarang ubahsuai sikit pun

Adalah masa aku dpt duit pusaka RM5 ribu- aku upah tukang baiki dan ubsh suai rumah
Aku tukar dari tingkap biasa 3panel ke Slidding window 3 panel
Tukar pintu depan dgn pintu kayu cantik
Tukar pintu bilik tidur pun dgn pintu cantik
Tukar pintu bilik air yg jenis lipat
Habis juga dekat Rm3 ribu
Baki Rm2 ribu- aku bagi kat suami settle duit kereta yg byk tertangguh bayarannya.

Bilik air!
Aku betul2 alpa kenapa aku tak baiki bilik air dulu.
Sudahnya biar bertangguh sehingga
Hari ini 28/7/2013
Rm850 kos utk baiki tangki air pasang paip air mandi dan paip air utk mesin basuh
Mahal ke?
Tak mengapalah dari dibiarkan lagi lama lagi tak apa2 lagi kan
Aku tak kesal duit gaji yg aku simpan aku labur utk rumah ku sendiri

Asalkan aku dpt jimat Bil air sudahlah
Semua ini aku lakukan demi utk kebaikan bersama
Sekarang Alhamdulillah semuanya sudah selesai
Tunggu aku simpan duit utk aku buat table top konkrit kat dapor ku pula
Tangki baru dah
Paip utk mesin basuh
Paip air mandi pun dipasang
Inilah dia
Jika kita bersungguh utk kebaikan
Tuhan tahu Niat kita
Aku lakukan semua ini utk kita semua