Syukur Alhamdulillah kerana aku masih lagi berpeluang untuk berpuasa lagi pada bulan berkat ini
Tapi Ramadhan kali ini telah banyak mengubah hidupku
Setelah aku kembali menjadi surirumah
Setelah setahun aku kembali kealam pekerjaan
Aku fikirkan hidupku kembali seperti dahulu
Banyak yang aku fikirkan bila kita tidak bekerja dan hanya mengharap duit suami semata...
Tapi Allah maha tahu
Apa yang yang telah Dia aturkan untuk
Umatnya
Aku sikit pun tidak menduga yang Ramadhan kali ini aku akan menjadi seorang peniaga gerai digeraiku sendiri
Aku berniaga....!
Ya Allah....
Benarkan ini?
Atau aku ni bermimpi
Tapiinilah realiti
Aku berniaga...aku buat sendiri kuih2
Dan aku jual digerai sendiri
Jangan dkira berapa aku dapat
Aku baru memulakan perniagaan bazar
Byk barang yang aku perlu ada
Sebab aku mmg tak ada apa2
Payung,meja dan kaki dan benda2 lain
Atas dasar keinginan inilah
Aku bertekad menggunakan duit yang aku simpan selama aku tak bekerja ni
Aku hanya menabong rm100 sebulan
Itu pun aku ambik dari duit rumah setiap bulan yang suami bagi utk perbelanjaan rumah dan sekolah anak2
Duit ini sepatutnya aku simpan utk beli Mesin basuh baju
Maklum mesin basuh baju kat rumah dah masuk 5 tahun aku tak dapat guna sebab memang rumah aku tak ada washing machine
Rosak lepas tu tak dapat beli
Bajet tak ada
Aku guna duit itu buat MODAL NIAGA
aku beli canopy kecik Rm150
Meja dan kaki meja Rm120
Bahan2 mentah dan bahan keperluan lain adalah dekat Rm300-Rm400
Tak cukup aku keluar duit THJ
semua ini utk memulakan perniagaan kecik diBazar Ramadhan depan flat rumahku
Apa yang aku jual?
Aku buat ROTI JALA KUAH KARI
KARIPAP KENTANG
KETAYAP
KUIH LAPIS
KOSUI
DAN RESIPI TERBARU...AKOK
Bukan mudah untuk aku berniaga dengan pengalaman ciput ini
Tapi aku teruskan juga
Sebab aku minat
Dan aku percaya suatu hari nanti gerai ku akan jadi bualan orang
Insyallah
Moga2 yang buruk aku jadikan ikhtibar
Yang baik jadibteladan
Inilah ceritaku dibulan Ramadhanlk