Friday, July 5, 2013

"Rumahku nak dideko style orang putih tapi teruk kena kutuk"

Ni laaa Sudut rumah ku yang aku ambik sikit ruang utk aku jadikan ala-ala English style
Bajet ku labur dalam byk tak byk adalah Rm300 lebih
Ini termasuklah langsir yg aku jahit sendiri dgn fabrik bunga vantage
Sudut kecik ni aku jadikan yang aku nak
Pada aku...bolehlah sebab aku tak tahu sgt nak susun cara Inggeris ni
Ikut pandai sendiri sambil cari-cari gambar kat internet.
Aku cubalah post ruang kecik ni kat aku punya fess book...ada yang "Like"
Dlm byk2 yg like ada seorang hamba allah ni kutuk aku habis2
"Serabut" komen selambanya
Terkejut beruk aku....terkedu,terhiba macam2 aku rasa.
Tiba2 aku tanya pada diriku sendiri...cantuk sgt ke sudut yg aku cipta ni maka beria-ia sgt nk post macam rumah org lain yg sememangnya lebih class dari aku ni?
Aku jadi sedar diri...buat malu kena boo dgn org dlm facebook
Aku rasa akulah orang paling bodohkan
Rumah tak seberapa ada hati nak perasan apa yg aku buat tu ada class
Mmg betullah berserabut dan bersepah
Mmg x da seni langsung rumah aku ni...😔
Tapi aku cuma insan biasa yg punya rasa yg mahu diri ini diterima
Sekurang-kurangnya aku berusaha mencipta apa yang aku minat
Mmg x setanding dgn ruang tamu org lain yg lebih berkedudukan dan mewah.
Inilah rumahku
Aku bersyukur meskipun rumahku rumah flat...aku masih boleh berbangga dgn usahaku...!! 
Mungkin pada mata org lain berserabut
Tapi pada pandangan ku...ahhh sgt puas hati aku melihatnya.