Wednesday, August 13, 2014

Langsir Scallop....

Langsir Scallop
Dah lama aku mengidam untuk memiliki langsir paten ini
Pertama kali aku nampak langsir paten ni masa 10tahun dulu
Masa aku balik kampong ku, aku ada ternampak langsir paten ni kat rumah abang kandungku yg no.3
Masa tu aku suka tengok sebab dia unik dan cantiklah...
Aku berkira-kira suatu hari nanti aku mesti menjahitnya sendiri untuk rumahku

Kini setelah hampir sekian lama...
Setelah umurku dah masuk 46tahun
Mungkin agak lewat sikit
Tapi tak mengapa, aku berjaya menghasilkan langsir yg selama ini aku inginkan sangat...
"Scallop"
Siapa sangka dah puas aku memikirkan bagaimana agaknya scallop dijahit sampai bergelung-gelung jahit
Dengan kiri dan kanannya ada lipat2
Swap tu lah namanya.

Semua ni kuasa Allah swt
Disebabkan minat yang mendalam pada jahitan langsir khasnya
Dan paten scallop khususnya
Membuatkan aku bertekad dengan sungguh hati yang aku akan pastikan berjaya menjahit sendiri langsir scallop untuk rumahku...
Aku tak pernah jemu mencuba dan mencuba dahulu
Sampai satu saat aku menangis sebab aku tak dapat juga jahit langsir yg ku sika ni....
Mungkin inilah rezeki ku diusia begini...
Aku tak pernah sesal
Biarpun hanya jahit utk rumah bukan untuk jana pendapatan
Sekurangnya aku puas hati
Sebab semua dlm rumahku semuanya hasil jahitan tanganku...
Kawan2 blogger...
Inilah hasil usaha ku...



Langsir Scallop ku yang terbaru...

Akhirnya aku berjaya juga...
Syukur ku kepada Allah swt kerana memberi aku jalan untuk aku menyiapkan impian ku ini.
Rumah ku kini ada langsir Scallop hasil
Jahitan ku sendiri.