Kucing Jantan sekarang berumur 1 tahun 5 bulan.
Kucing jalanan juga. Masa aku ambik dia...dia bersama Ibu dan 3 lagi adik beradiknya berkeliaran kat bawah kawasan perumah kami.
Masa tu usianya baru 2 Bulan.
Ibunya masih ada lagi tapi berada kat luar rumah sebab aku cuba ambik Ibunya tetapi Ibunya tidak biasa berada dalam rumah.
Adik2nya semuanya sudah meninggal akibat kecacingan sebab berada ditempat kotor.
Anakku yang no. dua begitu kesiaan lalu diambik bawa balik kat rumah.
Kami mandikan dia...bawa ke Vet utk divaksinkan.
Kami menjadikan dia anak angkat kepada Tompok tetapi Tompok masa tu terlalu garang utk menerima anak angkat tapi masih boleh duduk sekali dalam rumah.
Sekarang ini Comel sudah matang.
Akibat sudah matang maka dia mula menunjukkan sifat2 ganasnya utk mencari pasangan.
Atas Dasar itu juga maka salah seekor lagi anak kucing yang aku bela telah pregnant akibat perbuatan Comel.
Selepas bergaduh kat luar rumah...akhirnya 13/6/2012 Comel telah kami Mandulkan utk menghilangkan sifat ganasanya.
Comel diambik pada Tahun 2011 bulan sept-sekarang dah besar dan sihat walau pun masih garang tapi sifat manjanya masih ada.