31/7/2012
Mereka ber5 amat bermakna dalam kehidupanku.
Dari kecik sehingga mereka ber5 masing2 mula meniti usia remaja...tangan inilah yang menjaga mereka
dari kecik sehingga besar.
Aku rela berhenti kerja....Demi hanya untuk membesar sendiri anak2 ku.
Aku rela melepaskan gajiku yang agak stabil masa itu hanya kerana aku tak sanggup melihat mereka
tinggal dengan orang lain yang belum tentu akan menjaga anak2 ku seperti mana aku sendiri menjaganya.
2 Lelaki 3 perempuan
yang sulong kini sudah berada di IPTS separuh kerajaan menyambung pelajaran Kejuruteraan Makenikal
berusia 20tahun.
Yang no.2 tahun ni akan ambik SPM-harapanku moga dia berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi POLIS walaupun dia seorang perempuan.
Anak ku ke 3 masih belajar di sekolah menengah-sepatutnya aku hantar dia ke Asrama sekolah agama masa dia menaiki Tingkatan 1 tetapi disebabkan dia begitu trauma untuk tinggal diasrama maka aku hantar dia bersekolah di kawasan perumahan kami saja..pergi sekolah cuma jalan kaki saja.
seorang yang agak warak tapi sangat menyayangi haiwan2 terutama KUCING.
yang no4 juga perempuan masih bersekolah rendah diTahun 4.
Diantara kakak2nya..dialah yang paling Comel..rupanya menarik. mungkin itu anugerah Tuhan.
Tetapi aku kena bersikap adil sesama mereka.
Dan yang Bongsu-lelaki bersekolah diTadika sebelah rumah saja. berusia 6 Tahun.
Seorang yang manja tetapi kuat bersemangat untuk berjaya.
Inilah mereka..anak2ku: