Tuesday, August 28, 2012

AKU CUMA ADA TUHAN...

Waktu orang lain sibuk bergembira
Aku hanya ada Tuhanku
tanganku luhur menadah doa dan harapan
hanya pada yang maha esa..
Tuhanku.

Waktu orang lain mulai angkuh dengan kekayaan masing2
aku hanya ada Tuhanku..
Nuraniku..jiwaku..hatiku.. setenang
laut yang sejuk membiru.
keluh hatiku, doaku dan airmataku
hanya untuk mu Tuhanku
yang Maha Rahman dan Rahim.

Benar aku hanya insan miskin
didunia ini aku miskin tidak mengapa...
biarlah aku miskin didunia
harapanku biarlah aku kaya dengan amalanku menuju akhirat

Aku tidak gentar miskin
kerana aku punya TUHAN.