TIKA PENA KU BERLARI DISINI..LAGI TAK BERAPA HARI LAGI KITA SEMUA UMAT ISLAM AKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BARAKAH INI.
BEGITU JUGA DIRIKU..SEPERTI TAHUN2 YANG TELAH LEPAS, AKU JUGA MENYAMBUT BULAN PUASA BERSAMA SUAMI DAN ANAK-ANAKKU WALAUPUN DALAM KEADAAN SERBA SEDERHANA SAJA.
TAHUN INI...TAHUN PERTAMA DALAM HIDUP AKU KEMBALI BEKERJA
TAHUN PERTAMA JUGA AKU MENYAMBUT PUASA DALAM KEADAAN AKU BEKERJA.
BUKAN AKU TAKUT BERPUASA...BUKAN JUGA AKU TAK SUKA BERPUASA.
BERBANDING DENGAN MENYAMBUT HARI RAYA, AKU LEBIH SERONOK MENYAMBUT PUASA TETAPI....
TAHUN INI...KEDUA ANAK REMAJA KU BERJAUHAN DARI KERANA MANYAMBUNG PELAJARAN MEREKA.
SUAMI KU PULA AKAN KE ''JEPUN'' SELAMA 2 MINGGU SEBAB KENA PERGI TRAINING DENGAN KILANG JEPUN KAT SANA.
DAN AKU PULA TIDAK PERNAH BERPUASA DALAM KEADAAN BEKERJA.
BUKAN AKU TAKUT...AKU BEKERJA BUKANNYA GOYANG KAKI KAT OPIS MACAM KERANI..BUKAN!
AKU KERJA SEBAGAI TUKANG SAPU SEKOLAH...TUKANG CUCI TANDAS SEKOLAH..!!
DALAM KEADAAN BULAN BIASA PUN AKU DAH LETIH SETIAP KALI BALIK DARI KERJA.
INIKAN PULA BEKERJA DALAM BULAN PUASA NI...BOLEH BAYANGKAN!
MANJAKAH AKU NI?
ENTAHLAH...AKU BUKANNYA NAK MENGADU..KERJA BEGINI SEMUA ORANG MAKLUM
PENAT OOOOiiiiiiii!!!
DENGAN SAMPAHNYA YANG AKU KENA ANGKUT, KENA IKAT DAN ANGKAT KE TEMPATNYA.
DENGAN KEADAAN SAMPAH YANG SENTIASA ADA SAJA ALMAKLUMLAH SEKOLAH YANG PENUH DENGAN BUDAK2 SEKOLAH
KERJA AKU BUKANNYA JENIS KERJA MUDAH DAN RINGAN
HARI-HARI BERDEPAN DENGAN SAMPAH DAN BAU
PAGI AKU PERGI KERJA DENGAN BAU MINYAK WANGI BALIK DENGAN BAU SAMPAH
BOLEH BAYANG TAK!
AKU TIDAK MENGHINA KERJA INI..SEBAB ITULAH AKU KERJA
SETELAH ANAK2 SEMUA BOLEH AKU TINGGALKAN.
AKU TIDAK MENGELUH CUMA BOLEH KE AKU HADAPINYA DIDALAM BULAN PUASA NANTI?
BOLEH KAH AKU BERPUASA DENGAN SEMPURNA DIBULAN RAMADHAN NANTI?
ITU SEMUA BERMAIN DALAM KEPALA KU.
AHHH....YA TUHAN!
AKU TIDAK KUAT SEMANGAT!
AKU TIDAK KUAT JIWA!
BERIKAN AKU SEMUA ITU AGAR AKU BOLEH MENGHADAPINYA DIBULAN RAMADHAN INI DENGAN HATI DAN JIWA YANG TULUS IKHLAS.
TERUK KAN AKU NI KAN!!!
WALAU BAGAIMANA PUN SELAMAT DATANG RAMADHAN YANG SENTIASA PENUH DENGAN PAHALA.