Tuesday, July 16, 2013

"Kuih Raya Oh Kuih Raya"

Emmm....Terkedu aku dibuatnya 
Rm400++
Ahhhh....Tolong!!!
Sebotol kuih raya 50biji sekarang dah cecah Rm18 keatas
Belum kira yg sedap2 macam Almond London dan Tart Nona
Yg biasa saja biskut bakar harga dia sampai Rm18
Atau aku yg ketinggalan semua ni?

Selama aku tak bekerja...setiap kali raya aku cuma bajet kuih raya Rm100++
Saja itu pun 2@3 jenis saja
Yg lain beli yg goreng2 saja

Tahun ni Tahun pertama aku kerja
Nampak gayanya habislah duit gaji aku bulan julai ni buat beli kuih raya
Belum masuk pakaian raya anak2 lagi

Sebelum puasa aku dah habis Rm300++
Untuk beli kain buat langsir dan sarung meja serta sarung kerusi dan sebagainya.

Lepas tu aku habiskan Rm300 lagi beli set pingan makan vantage
Belum kira hiasan dlm rumah

Sekarang ni aku dah terduduj
Kerja penat dapat gaji habis aku belanja utk keperluan rumahku yg dah bertahun tak ditukar
Suamiku gaji dia banyak diguna utk tanggung anak2  sekolah
Tanggung bil2
Beli makanan kucing serta pasir
Dan yg utama bayar HUTANG KAT AKPK hutang bapak saudara dia yg buat tapi guna nama dia

Itu sebablah aku tak dapat nak merasai nak tukar langsir baru
Nak beli kuih raya pelbagai jenis
Nak beli baju raya anak 2@3 helai seorang
Nak tukar kereta baru pun x mampu
Sebab hutang yg ditanggung oleh bapak saudara suamiku yg buat

Sekarang ni... Baru aku boleh bernafas sikit
Walaupun tak mewah tapi sekurangnya
Tahun ni ada kuih raya utk hidangan tetamu
Ada langsir baru yg aku jahit sendiri
Ada baju raya utk dibeli utk anak2
Tak seberapa tak apa janji barukan

Tapi dek beli kuih raya 10 jenis serba satu dan dua...sampai Rm460
Terduduk sakan aku
Baki gaji cuma tinggal utk lepas aku bayar hutang tetap aku kat Celcom saja
Macam mana ni?

Baju raya anak bongsuku dan anak no.4(bongsu perempuan)
Tak da bajet dah!!!!'!
Aduhai....!!!'
Mmmm...tak apalah lagi pun inilah masanya utk aku mengembirakan anak2
Selalunya kuih raya ku habis pada raya pertama dah
Tak mengapalah Insyallah adalah rezeki ku nanti!!!!