Tuesday, July 9, 2013

Impianku...Nak ubahsuai dapur dan bilik air agar jadi lebih baik dan nak beli Mesin Basuh baru..

Dapurku....!!!!

Ni laa daporku..bertahun-tahun aku duduk memasak kat dapur ni
Dapurku tak sesempurna dapor orang lain yang siap lengkap dgn kabinet dapur cantik 
Siap table top lagi...!!!!

Aku pun nak dapurku cantik macam orang lain..sekurang-kurangnya seronok memasak bila dapur kita cantikkan!
Tapi aku tak mampu nak capai impianku
Sebab aku hanya surirumah yang hanya bergantung hidup dgn suami saja
Suamiku bukanlah asal2 orang berada
Kerja pun kerja kilang saja
Anak kami 5 orang...banyak perbelanjaan nak diguna utk membesarkan anak2

Aku tinggal dirumah Flat
Hidup cara orang sederhana
Begitulah cara hidup kami. Tapi aku selalu nengok jiran2 punya dapor
Walaupun duduk rumah flat macam aku tapi dapor dia orang semua dapur pasang siap gitu.
Ada siap lengkap dgn Table top.
Ahhh...lebih kurang ginilah...cantik kan!
Adalah juga aku risik2...berapa kos nak buat semua ni!
Ada yang cakap suami dia orang buat sendiri
Ada yang upah tukang kos adalah dalam ringgit malaysia 3k 
Tapi cantiklah!

Argghh....!!!! 3 Ribu!
Emmm....alangkah bagusnya kalau aku ada duit kan!
Tapi aku x da...utk belanja anak sekolah
Tu mmglah ada
Duit dapur suamiku beri tiap2 bulan tu adalah tapi tak ada lebihannnya utk simpan buat benda tu...!!!

Sekarang ni anak2 semua dah hampir membesar
2 dah masuk remaja
Belajar kat kolej
3 orang lagi masih bersekolah
Rezeki ku pula ada selepas bertahun tahun aku tak kerja
Dapat kerja jadi tukang sapu sekolah agama
Pergi pagi balik t/hari...Alhamdulillah

Rezeki anak2... Walaupun kerja aku ni agak berat tapi semangat nak kembali bekerja masih ada
Kebetulan pula Majikan aku ni baik orangnya
Kerja tukang sapu pun tak apalah
Rezeki yanh Halal...!

Dah 7 bulan dah aku kerja walaupun penat
Gajiku aku simpan kat Tabung Haji
Kat Maybank
Agih kat anak belajar sikit
Yang sulong dah dapat pinjaman dah
Yg nombor 2 baru lagi lambatlah sikit
Kenalah aku tokok tambah agar cukup duit pengajian anak.

Aku berhajat nak repair daporku agar cantik...nak baiki bilik air agar anak2 selesa nak mandi
Selama ni tangki air kami rosak
Kami cuma guna air direct saja nak repair?
Aku tak berani nak minta suami repair sebab dia bukannya jenis nak repair rumah sendiri
Tak apalah...aku simpan hajat bila duit ku ada lebih kat THJ
Aku nak baiki dapor dgn bilik air sekali

Satu lagi aku nak beli "Mesin Basuh"
Hampir setahun lebih aku basuh kain guna rangan
Pernah beli tapi rosak...suami pula selalu marah2 bila kita minta tukar
Masalahnya aku tak larat basuh kain hari2 dgn tangan
Mana kita nak masak lagi...!!
Dulu aku tak kerja duduk kat rumah saja
Tapi sekarang dah kerja
Pagi pergi kerja...balik kena basuh kain,
Masak... Kemas rumah
Penat juga tu
Tapi suami buat x tahu saja
Katanya"exercise"
Yalah senaman tu betul tapi tolonglah timbang rasa
Penat aku tanggung

Tak apalah...Jika suami tak dapat nak tolong.
Insyallah Allah akan bagi Jalan Nya
Aku reda jika ini ketentuan hidupku
Aku pasti ada hikmahnya Tuhan bagi aku hidup begini

Aku cuma kena Kuat semangat saja
Almaklumlah dah berusia ni kerja pun bukannya kuat sangat badanku.
Tapi sebab aku punya Impian maka aku kena kuat semangat!

Inilah luahan hati dan Impianku
Seorang wanita biasa2