Friday, November 22, 2013

GAJI TERAKHIR KU UNTUK TAHUN INI..

Assalammualaikum...!
Aku ingin berbicara disini meskipun dalam keadaan ku yang kurang sihat
Lama juga aku tak sihat ni
Nak kata demam entahlah tapi tulang ku semuanya sejuk2
Aku tak bermaya...nampak macam kuat tapi sebenarnya dalaman ku tidak begitu kuat

Hari ini Jumaat 22/11/2013
Aku baru saja dapat GAJI TERAKHIRKU dari Majikan tempat aku bekerja 
Itupun anak-anak tolong pergi ambik
Terima kasih "Ateh" & " Achik"
Aku masih lagi tak berapa sihat utk pergi ambik duit gajiku kat sekolah kafa belakang rumah flat
Alhamdulillah....dapat juga gajiku yang terakhir untuk tahun ni pada bulan ini
Itulah gajiku yang terakhir dari kerja ku yang terakhir kot.
Aku mula kerja semula pada 5Januari 2013-18November 2013
Dengan gaji Rm700
Kerjaku sebagai Tukang sapu sekolah dan Tukang cuci Tandas sekolah
Atau lebih senang dipanggil Pekerja am sekolah

Tugas2nya memanglah agak berat juga setiap hari bermain dengan sampah dan bau yang kurang enak
Tapi aku terima kerja ini atas sebab2 munasabah
Kalau ikutkan malu juga aku buat kerja2 ini tapi tu laa susah nak jelas kat sini
Pengalaman ku semasa kerja kat kafa adalah sikit sebanyak yang boleh aku simpan dlm album hatiku
Banyak peel yang kita jumpa
Maklumlah kita ni cuma pekerja rendah
Siapalah sangat kita ni!
Aku pun tak nak buka aib orang lain biarlah Allah saja yang tahu apa berlaku.

Untuk Tahun depan...2014, aku tak tahu lagi lah.
Nak sambung ke tak....jika aku tak sambung apa aku nak buat ya?
Jika aku sambung lagi...aku pun tak tahu lah larat ke tak
Sekarang ni jer asyik sakit saja!
Cuti sebulan lebih ni aku REHAT sajalah
Ada rezeki ku...dipanggil sekolah kafa utk kerja balik sebagai pekerja am...aku kerjalah kot
Aku sekarang ni tak boleh duduk rumah semetelah pula anak2 semua sekolah 
Kalau duduk seorang-orang kat rumah mulalah fikir itu dan ini
Jadi rasa2nya lebih baik aku kerja kot.
Aku pun bukan jenis suka bergaul sangat
Dengan jiran2 aku tak rapat sgt...sebab aku ni bukan jenis ahli mesyuarat pintu jadi aku tak adalah jiran yang rapat sgt
Tapi aku tak ada masalah apa2 dgn jiran2 cuma aku ni jenis tak suka duduk bercerita hal2 orang itu saja!
Alamak lari pula tajuk ku ni....!!!

Tu laa...serba sikit aku nak kongsi pasal aku dapat gaji yang terakhir pada tahun ni
Gaji ni aku nak simpan untuk kenangan ku...Assaalammualaikum