Thursday, December 12, 2013

Aku Cat Rumahku...!

Assalammualaikum
Cuti sekolah akhir tahun mmglah sungguh menyeronokkan bila kita menggunakan masa itu dengan melakukan benda2 yang kita minat dan suka.
Macam aku juga....cuti panjang selama sebulan 2 minggu mula2 nya aku rasa "Bosan"
Rupa2 nya tidak..pejam celik dah nak habis dah cuti ada lagi 2 minggu
Selama itu aku menghunakan masa ku utk melakukan aktiviti bersama 5 orang anak2 ku
Tolak anak sulongku dia tak balik sebab dia sibuk dengan sem terakhir dia
Aktiviti yg aku buat ialah..."KEMAS MENGEMAS RUMAH"

Bulan ni aku tak jadi nak panggil tukang bina dapor batu atau kabinet dapor table top
Sebab bajet x cukup lagi..hari tu dlm bulan posa tahun ni juga aku baru panggil tukang repair dan tukar baru tangki air serta pasang paip air mandi flm bilik air
Habis dekat Rm800
Jadinya...bajet tak cukup nk bina table top dlm tahun yg sama
Aku plan jika aku kerja balik kat sekolah kafa...aku nak buat table top dlm tahun depan bulan 5 ke 6 gitulah pada musim cuti sekolah

Balik pada topik kita tadi...aku kemas rumah dgn anak2
Lepas tu kami cat baru dapor..ruang tamu dengan warna "Hijau" daun pisang
Cat..suamiku beli kat kedai. Mulanya nak beli cat Kansai paint sebab kaler dia cantik tapi setin saja dah Rm100
Alamak...!!!terkejut aku
Bajet ku Rm200 saja
Akhir sekali kami ambik brand"Colourland"-buatan Malaysia
Warna dia agak cantik juga...shining2 juga.
Cat minyak mmglah berkilat.
Setin cuma Rm65...jadi aku beli cat hijau 3tin dan cat putih setin.
Kami mula mengecat ruang dapor dulu sehingga selesai
Dari pagi hinggalah kepetang tolak rehat 2jam kasi lapisan cat yg oertama kering
Selang dua hari aku cat bahagian ruang makan selang sehari ruang santai dan akhir sekali syiling.
Penat memang penat.
Aku janjikan anak2 belanja makan Spagetti kat Kyros Kebab Metro Kajang
Setelah semuanya selesai
Alhamdulillah semuanya selesai.
Jimat kos...Jimat duit upah orang cat
Semuanya aku buat sendiri.
Inilah cerita ku pada Blog hari ini.
Nanti kita cerita lagi tentang keghairahan ku terhadap deko rumah ala English.