Monday, October 9, 2017

Aku masuk kelas menjahit...

Assalammualaikum
Agak lama juga aku tidak menulis disini..
Kebelakangan ni agak sibuk sikit
Sekarang pun masih sibuk juga tapi ada ruang sikit ni bolehlah aku bercerita sikit disini...
Aku dah mula masuk kelas menjahit..
Kelas yang dianjurkan oleh KKHL
kolej Komuniti Hulu Langat
Aku mula daftar dah lama sejak aku terjumpa website kolej komuniti masa aku tercari-cari tempat anak aku nak sambung belajar...
Aku daftar saja2 tapi tak sangka pula aku diterima belajar dikkhl
Aku ambik krusus pendidikan sepanjang hayat atau psh...

Kat situ aku tengok banyak krusus menjahit dan juga memasak
Krusus lain pun ada
Tapi aku lebih fokus pada menjahit dan memasak cuma untuk pertama dulu aku daftar untuk menjahit sama ada jahit pakaian ataupun langsir...

Hingga sekarang masa aku menulis ni aku masih mengikuti pembelajaran dikkhl
Aku suka belajar disitu
Banyak ilmu jahitan yang aku dapat
Yuran pun murah jika berbanding tempat kelas belajar menjahit yang lain...