Wednesday, July 3, 2013

Hantar Anak masuk Kolej KPTM Kota Bharu


Pada 22/6/2013-aku bersama suami dan  4 orang anak2 termasuk sekali anak yang akan belajar kat KPTM ke Kelantan.

Agak lama jugalah aku tidak menjejakkan kaki ku ke bumi Cik Siti Wan Kembang adalah dlm tempoh 5tahun agaknya
Kali terakhir aku balik atas urusan pembahagian harta pusaka arwah ayah
Lepas tu langsung aku x balik kekampung ku ni yang sebenarnya bukanlah kampung ku lagi.

Aku tak mahu cerita panjang2 pasal hal lama tu.
Berbalik pada hantar anak ke KPTM
Kami ber6 menaiki Bas Ekspress Sani
Dari stesen bas jln hentian Reko berlepas ke KB dlm kul 9.00 mlm
Sampai kat bandar KB dlm kul 6.00 pagi

Inilah Bas yg kami naik tu....!!!

Sesampai kat bandar...mati kutu kami dibuatnya,apa taknya suami aku bukannya expert sgt kat kelantan ni
Ingatkan kami sampai...jalan kaki lah nak menuju ke Hotel Bajet "One Station Hotel"
Rupa-rupanya dlm peta lain, bas rupanya tak berhenti kat Terminal Bas baru kat Lembah sireh sebaliknya turun kat pusat bandar tempat bas sation lama

Adoyaii....bergaduh mulut aku, abah dan angah...masing2 kata dah dekatlah...jln kaki dah boleh sampai lah
Rupa-rupanya....ambik teksi tanya adalah lebih kurang 5km utk sampai ke Lembah Sireh
Masing2 terkedu
Kan aku dah kata....kalau ambik kereta tak jadi macam ni
Dah macam kera masuk bandar kami semua
Sampai kat One station hotel...tak boleh masuk atau check in sebab kena tunggu kul 2.00 baru boleh masuk
Biar betul ni!!!!
Nah ni dia "One Station Hotel"-kat lembah sireh KB
Menapaklah anak2 kat ruang tamu hotel 
Aku x puas hati....jln2 kat luar nengok sekitar situ...betullah depan station hotel tu ada Tesco...betul2 depan hotel
Belakangnya ada Terminal Bas baru MPKB
Pas tu ada KPTM Cawangan baru tu...besar bangunannya.
Leganya hatiku bila ingatkan senang anak daraku nak balik ke Kajang, belakang kolej ada terminal bas. 
Nak makan tau nak beli barang ada Tesco...!!!
Puhh...Alhamdulillah lega hatiku.

Rupa-rupanya bila dah mendaftar keesokan harinya barulah aku tersedar yang anak aku terhumban ketengah pusat bandar yang jauh nya utk balik ke kajang
Dahlah kena belajar kat Kolej lama pasir Tumbuh
Pastu asramanya tidak seindah yg aku nengok...ingstkan dapat kat asrama cawangan baru
Rupa-rupanya cawangan baru tu khas utk pelajar nak jadi " misi" dgn " Cikgu Tadika saja"

Anak aku ditempatkan kat kolej KPTM lama kat pasir Tumbuh
Asrama pula berdekatan bandar kb
Aduh!
Ambik kos Pelancungan ni lah dia.
Beria-ia cakap asrama baru kemudahan semua ada rupa-rupanya Indah Khabar dari rupa
Tapi nak buat camne kan ini pilihan anak terpaksa telanlah