Friday, May 30, 2014

PEMANGGANG IKAN AJAIB-are IKAN

Are IKAN Periuk ajaib
Gen.2
Rm168
Beli pada Jumaat 30/5/2014
Lokasi: Metro Kajang
Tingkat 4 sebelah Food court bersebelahan kedai alat muzik Yamaha
Syarikat Menang glasware ada disitu

Dah lama saya berminat nak membelinya untuk kegunaan sendiri
Tapi masa mula2 keluar harga dia mahal
Saya pun tak tahu kat mana nak cari syarikat yang jual benda alah ni...
Jadi saya biarkan saja hajat saya

Akhirnya mungkin rezeki saya... Saya terbaca ada papan memo kat Metro Kajang semasa saya lalu kat situ...
Ada Syarikat Menang Glassware yang saya cari ada buka cawangannya ditingkat 4...
Apalagi...saya pun cubalah pergi meninjau dulu kot betul ke tak
Rupanya memang ada kedai Menang glassware kat situ
Apa lagi saya tak lepas peluanglah
Pergi lagi kali ke2
Angkut terus...
Mula2 nak beli yg biasa je yg gen.1
Rm129
Tapi bila tengok yg gen.2 lagi up to date
Baiklah ambik yg tu jer...
Ni ini lah dia periuk ajaib yang bakal saya guna bila2 masa untuk panggang ikan dan ayam mahupun daging

Kini kerja memasak saya lagi bermakna pada saya hi! hi!
Walaupun saya bukan Chef tapi dapor dan memasak adalah dunia saya sejak saya mula2 kahwin dengan suami saya sehinggalah sekarang 21tahun usia perkahwinan saya
Dari saya tak reti masak hinggalah semua anak2(5orang) suka sgt2 masakan mama mereka terutama Roti jala,kuah kari,ayam percik,karipap dan macam2 lah
Terima kasih daporku
Saya memang ditakdirkan hanya untuk duduk dirumah menjaga suami dan anak2
Saya tak menyesal pun...!!!
Malah saya bangga sebab saya masak utk keluarga saya